Thursday, February 5, 2009

Some things are better left unsaid II

"Ina!"

"Hoi" aku jawab balik.

"Wah makin tembam kau sekarang!"

"Aku yang dah ada anak tiga nih hah tak gemuk-gemuk! Kau bertambah bulat!" dia sambung lagi.

(Dalam hati: Babi)

Some things are better left unsaid.

True.

Especially when it comes to the matter of heart.

Mak selalu pesan, " Kenapa nak kejar benda yang tak tentu dapat, dan tak pernah nak bersyukur dengan apa yang ada".

Auntie Lah selalu bising. " Orang lelaki time dia orang tengah gila bayang dengan kita bukan nak masuk minang, time kita dah bosan dengan dia baru nak terhegeh-hegeh".

Profound indeed.

Family aku memang selalu macam tuh. Dalam-dalam mencarut dan gelak ketawa, banyak benda yang boleh dipelajari.

(Dalam Hati: Well atleast auntie aku dah kahwin dua kali)

*

Semalam Syu ada tanya. " Kau dengar Hot FM tak pagi tadi?"

"Tak" aku jawab, "Kenapa?"

"Pasal orang bercerai pasal hal yang tak masuk dek akal?. Ada orang cerai sebab tak tahan laki dia tak picit ubat gigi dari pangkal tiub"

"Ah serious?" Aku tanya.

"Yeap, caller tuh yang mengaku dia cerai dengan laki dia sebab dah bertahun-tahun dia cakap tapi laki dia buat tak peduli"

Dia sambung lagi,

"Kalau benda tuh pun dia tak boleh nak buat, benda lain lagilah kan?"

(Dalam hati: Banyak benda yang kene bertolak ansur. Kalau itu tak boleh nak buat, daripada nanti bercerai baik tak payah kahwin langsung!)

Thursday, November 27, 2008

Tertinggal Keretapi, Katebang, Bot dan Sampan.

Shot was taken in Putrajaya Power Plant, formerly known as Serdang Power Plant.

Banyaknya benda yang jadik masa aku tade idea nak update apa. Aku terlebih malas sebenarnya. Punyalah malas, sampai aku dah janji nak masak spagetti utk Mr.Snots, pun boleh tarik balik. Tak ker keji. Sib baiklah dia tuh baik. Kalaulah aku jadik BF aku sure aku dah tinggalkan aku. Dahlah pemalas, nak bangun pagi pun susah.

Apa-apa pun alasan, satu benda yang paling kecoh sekali ialah bila blog dah jadik padang sasar, tempat mengutuk dan mengeji. *Takut*. Kalau salah langkah, boleh masuk gaung. Nyaya. Banyak istilah keji yang aku belajar dari baca blog panas tuh. Banyak benda yang tak pernah tahu, tetiba leh jadik subject matter expert, sebab information overloaded. Baca entry tuh kira setakat baca mukadimah jer, all the raunchy details semua leh dapat dari baca komen. Terus aku boleh mengaku yang aku kenal betul si simpolan bin simpolan tuh. Walaupun sebenarnya tidak. Hehe. Kelakar pun ada; walaupun aku rasa sometimes melampau tahap cipan gaklah cacian orang-orang yang memberi komen. Bukan lah aku kata aku baik, cuma ngeri baca orang boleh sampai tahu hal-hal dalam kain sampai macam tuh punya detail. Sekali kau dah kene featured dalam blog tuh, sampai sudah orang tak abis bercerita. Nasib baiklah blog aku ni blog bangang.

Cerita pasal keje, aku baru balik dari course 3 minggu. Course yang company bayar dekat usd6000 semata-mata untuk dapatkan professional certificate. Bagus jugaklah aku kene pilih. Banyak exposure yang aku dapat, dari goverment office sampai lah ke private sector banyak lubang dah aku korek untuk test market.

Aku ada dapat 2-3 offer utk keje. Kenaikan gaji tadelah banyak mana. Tapi aku masih kene timbangkan betul-betul. Ni time recession, silap langkah bungkus aku jawabnya.

Cerita pasal family pulak, Angah baru balik Sabah. Cuti 10 hari, bawak anak balik rumah Mak, sebab anak dia, Kak Long, (anak sorang jer tapi dah panggil Kak Long sebab kononnya train awal-awal untuk dapat adik kata Angah aku. Podah!!) dah rindu betul dengan mak bapak aku. Maklumlah aku rasa dah dekat 3 tahun dia orang tak balik. Kak Long tuh cucu kesayangan Ayah aku. Mau taknya.. kalau orang tua tuh bawak dia pergi shopping mall, dia tak pernahnya nak pergi toys section. Selalu carik buku, or barang sekolah. Itu yang Ayah aku makin sayang. Dahlah kaki bodek. Walaupun umur baru 8 tahun, dia punya kipas bapak aku, mengalahkan kipas bersaiz industrial.

2 hari lepas, Ayah transfer duit kat akaun aku suruh bagi Ajak untuk belikan cucu kesayangan dia laptop. Mak Aiiiiii. Baran jer aku dengar. Kecik-kecik dah dapat hadiah laptop. Aku dulu, umur 8 tahun, kalau dapat pencil case baru itu pun dah kira bertuah. Paling hebat hadiah aku pernah dapat pun ialah basikal Le Run. Tapi itu pun masa umur 11 tahun.

Tak patutlah aku nak rasa jealous ker apa. Tapi tak payahlah Ayah nak belikan laptop, sebab dia tuh kecik lagi. Angah aku memang kaki freeloader. Diamkan jer semua. Orang bagi jangan tolak itu rejeki katanya. Aku rasa cam nak lempang jer. Tapi takperlah. Aku tahu Ayah memang sayang betul cucu dia yang sorang tuh. Dahlah anak sedara aku tuh pandai amik hati, pandai belajar, baik dengar cakap. So okaylah, she deserves it. Aku jer yang jealous tak sudah.

Mr.Snots cakap aku ada sindrom anak bongsu. Can't help but to compare what ever that I have with everyone. He also asked me to count my blessings. Yelah yelah. Tak syior tau. Nak mengada skit jer, asyik kene tarik telinga balik ke jalan yang benar.

Pasal hubungan kelamin (haha cam siak), i mean pasal lovelife, next month banyak betul plan nak berjalan. First week, since Mr. Snots will be working in JB, amiklah kesempatan nak menyeberang tambak. Family aku tak sambut raya haji, so bila dia offer nak pergi Singapore, apa lagi. Angkat skirt lah aku kan? Yahoo.

End of december, we'll be going to East Java for 10 days. Itu pun aku tak sabar, sebab dah lama plan, tapi sampai sudah tade confirmed itenararies lagik. Banyak sangat tempat yang nak pergi, sampai tak boleh nak decide mana nak start dulu. Tapi takper, ada lebih kurang sebulan lagi.

Pasal rerakan, can't wait for Babe's birthday getaway. It has been a long time since kita ada weekend getaway ramai-ramai kan? Tak sabar nak jumpa and spend masa dengan korang. I'll bring the WINE!!!! Toots cakap dia nak bawak beer just for the sake of it, walaupun tempat yang kita nak pergi tuh tade fridge. Tapi aku nak suggest letak dalam sungai jer. Kejap jer sure sejuk. Hehe.

Oh, one last thing before I go, Bangkok huru-hara. Jangan pergi sana. I'm sure semua orang dah tahu, tapi since aku baru tahu, so aku beritahu ler. Aku tahu sebab Mr.Snots pagi-pagi dah beritahu aku sebab dia tahu aku tak tahu. And since aku dah tahu, aku rasa obligated untuk beritahu. Tahu? Tahu kat pasar.

Later fuckers.

Tuesday, October 28, 2008

Things I have realised along the way

*
Virtual.

Blog is one of my not so many channels to pen down my pent up frustrations. Maybe yours too. I have to confess that I do have friends, but I don't confide in each and everyone of them. Few special ones (or maybe just one) that were (was) considered as trustworthy, would get the nitty-gritty details of my sucky life. But in blog, we can't really say anything inappropriate now can we? Because if we do,you never know that one of these days, some wacked out fella might come across it and put nasty label on you. And as much as you think you don't care of what they call you behind your back, or you don't give a fark of what they think about your online persona, and no matter how many times you have given the assurance that you are a better person in real life; but as mere mortal, deep down it hurts. Even for the first few seconds before you manage to recollect your composure and finally decide to let it go.

This is, my friend, the main reason why I don't link my blog to any site meter or to what ever gadgets to monitor my readers (if there's any) because I don't need to know who is reading my blog. All I needed is a space where people don't judge me, which I think is absolutely the in-denial side of me, because of course they do. People pass judgement all the time. But I don't hold any grudges against them. Because I judge them too. Hehe.

That is what life is all about.

We get what we give. And since I sometimes judge people, I know sometime others judge me too. I can live with it, as long as I do not know what they talk about.

But if I know, not that I have much to say anyway lah kan. The most that I could do is to tell my girls about it and that's it. It is definitely easier to mend virtual wounds.
You can just erase it from your mind.

*

Hardcopy, Real Life.

I don't understand people. Malays especially. They have the tendency to humiliate others without realising it. I have been called alot of names, just because am not the typical Asian petite sized woman.

I know Malaysian prefer their woman to be small, quaint and can be held in palm and placed in pocket, but do you have to be nasty towards the bigger size women? You think we don't have feelings ker?

And am not really THAT big and tall pun. Just because they are smaller than me you know.

Is it really necessary to pass derogatory remarks about God given attributes? So yeah, you are blessed with small features, and you are only 4 feet tall, and the only big about you is your ego but that does not gives you the right to dictate people's life.

I can be nasty to them back, but what's the point you know? Cakap dengan katak bawah tempurung. They have never been exposed to the real world where people come in different shapes and sizes. They think their size is the ideal one.

Or maybe, in my opinion, they are just jealous for not having long legs which would look good in skinny jeans.

Or maybe, in my opinion, they are just jealous because they have to shop in kids departmental stores.

Or maybe, in my opinion, they are just jealous because they want what we have, and they only way that they know how to deal with it is to condemn it.

But of course, in real life the wounds and remarks stay a bit longer than in virtual world. We tend to feel a bit wary because it does affect of what we think of ourselves. Although we might not agree with it, but it scars no matter what.

Wednesday, October 15, 2008

Cinta dulu-dulu.

Masa kat rumah Mak arituh, aku ada tanya dengan Auntie Lah, macam mana Ayah mengurat Mak ek?

Auntie Lah adik bongsu Mak. So kiranya sure Mak jadikan dia umpan untuk tipu Atuk aku kalau nak pergi dating. Sama macam Auntie Lah selalu gunakan aku masa dia bercinta dulu. Aku selalu ikut dia dengan ex-husband dia dulu pergi bercinta sebab Atuk tak kasik dia keluar berdua-duaan.

So aku tanya Auntie Lah, caner Ayah mengurat Mak.

Auntie Lah pun mulalah bercerita.

"Dulu masa mak muda-muda, dia suka tengok wayang yang 'open air' kat Club House kat belakang dewan Jubli Intan tuh."

Aku mengangguk. "Abis tuh?"

"Mak selalu lah pergi sana tengok cerita hindustan malam-malam dengan kengkawan dia. So masa kat sana, Ayah ngurat Mak lah" sambungnya lagi.

"Yelah, ngurat camana?" Aku bertanya.

"Ayah baling kacang kat Mak dari belakang"

Masa aku dengar baling kacang tuh aku dah tergelak besar. Tapi masih boleh control lagi.

"Abis tuh?"

"Mak marah. Mak tak suka. Tapi kawan Mak yang syok kat Ayah pulak"

..dia sambung lagi....

"Masa tuh Ayah hensem. Tapi Mak tak suka sebab dia mengurat cam budak kecik."

(Now I know from where I inherited that trait from)

"Dah tuh, camna lak tetiba Mak boleh suka kat Ayah?" aku tanya lagi.

"Sebab Ayah tak berenti-renti mengurat. Last-last Mak bosan, terima jerlah"

Masa nih aku dah gelak berguling atas lantai (literally sebab masa tengah bercerita kita orang tengah baring melepak depan tv).

"Wah, sakan betul Ayah. Tak sangka."

"Memang saiko apak kau tuh! Sekarang baru tahu?"

Dua-dua terus gelak besar.

*

Orang dulu-dulu nak mengurat baling kacang jer. Kalau orang lelaki sekarang mengurat ikut style macam tuh aku rasa dah lama dia orang kene tapak kasut.