Thursday, November 27, 2008
Tertinggal Keretapi, Katebang, Bot dan Sampan.
Banyaknya benda yang jadik masa aku tade idea nak update apa. Aku terlebih malas sebenarnya. Punyalah malas, sampai aku dah janji nak masak spagetti utk Mr.Snots, pun boleh tarik balik. Tak ker keji. Sib baiklah dia tuh baik. Kalaulah aku jadik BF aku sure aku dah tinggalkan aku. Dahlah pemalas, nak bangun pagi pun susah.
Apa-apa pun alasan, satu benda yang paling kecoh sekali ialah bila blog dah jadik padang sasar, tempat mengutuk dan mengeji. *Takut*. Kalau salah langkah, boleh masuk gaung. Nyaya. Banyak istilah keji yang aku belajar dari baca blog panas tuh. Banyak benda yang tak pernah tahu, tetiba leh jadik subject matter expert, sebab information overloaded. Baca entry tuh kira setakat baca mukadimah jer, all the raunchy details semua leh dapat dari baca komen. Terus aku boleh mengaku yang aku kenal betul si simpolan bin simpolan tuh. Walaupun sebenarnya tidak. Hehe. Kelakar pun ada; walaupun aku rasa sometimes melampau tahap cipan gaklah cacian orang-orang yang memberi komen. Bukan lah aku kata aku baik, cuma ngeri baca orang boleh sampai tahu hal-hal dalam kain sampai macam tuh punya detail. Sekali kau dah kene featured dalam blog tuh, sampai sudah orang tak abis bercerita. Nasib baiklah blog aku ni blog bangang.
Cerita pasal keje, aku baru balik dari course 3 minggu. Course yang company bayar dekat usd6000 semata-mata untuk dapatkan professional certificate. Bagus jugaklah aku kene pilih. Banyak exposure yang aku dapat, dari goverment office sampai lah ke private sector banyak lubang dah aku korek untuk test market.
Aku ada dapat 2-3 offer utk keje. Kenaikan gaji tadelah banyak mana. Tapi aku masih kene timbangkan betul-betul. Ni time recession, silap langkah bungkus aku jawabnya.
Cerita pasal family pulak, Angah baru balik Sabah. Cuti 10 hari, bawak anak balik rumah Mak, sebab anak dia, Kak Long, (anak sorang jer tapi dah panggil Kak Long sebab kononnya train awal-awal untuk dapat adik kata Angah aku. Podah!!) dah rindu betul dengan mak bapak aku. Maklumlah aku rasa dah dekat 3 tahun dia orang tak balik. Kak Long tuh cucu kesayangan Ayah aku. Mau taknya.. kalau orang tua tuh bawak dia pergi shopping mall, dia tak pernahnya nak pergi toys section. Selalu carik buku, or barang sekolah. Itu yang Ayah aku makin sayang. Dahlah kaki bodek. Walaupun umur baru 8 tahun, dia punya kipas bapak aku, mengalahkan kipas bersaiz industrial.
2 hari lepas, Ayah transfer duit kat akaun aku suruh bagi Ajak untuk belikan cucu kesayangan dia laptop. Mak Aiiiiii. Baran jer aku dengar. Kecik-kecik dah dapat hadiah laptop. Aku dulu, umur 8 tahun, kalau dapat pencil case baru itu pun dah kira bertuah. Paling hebat hadiah aku pernah dapat pun ialah basikal Le Run. Tapi itu pun masa umur 11 tahun.
Tak patutlah aku nak rasa jealous ker apa. Tapi tak payahlah Ayah nak belikan laptop, sebab dia tuh kecik lagi. Angah aku memang kaki freeloader. Diamkan jer semua. Orang bagi jangan tolak itu rejeki katanya. Aku rasa cam nak lempang jer. Tapi takperlah. Aku tahu Ayah memang sayang betul cucu dia yang sorang tuh. Dahlah anak sedara aku tuh pandai amik hati, pandai belajar, baik dengar cakap. So okaylah, she deserves it. Aku jer yang jealous tak sudah.
Mr.Snots cakap aku ada sindrom anak bongsu. Can't help but to compare what ever that I have with everyone. He also asked me to count my blessings. Yelah yelah. Tak syior tau. Nak mengada skit jer, asyik kene tarik telinga balik ke jalan yang benar.
Pasal hubungan kelamin (haha cam siak), i mean pasal lovelife, next month banyak betul plan nak berjalan. First week, since Mr. Snots will be working in JB, amiklah kesempatan nak menyeberang tambak. Family aku tak sambut raya haji, so bila dia offer nak pergi Singapore, apa lagi. Angkat skirt lah aku kan? Yahoo.
End of december, we'll be going to East Java for 10 days. Itu pun aku tak sabar, sebab dah lama plan, tapi sampai sudah tade confirmed itenararies lagik. Banyak sangat tempat yang nak pergi, sampai tak boleh nak decide mana nak start dulu. Tapi takper, ada lebih kurang sebulan lagi.
Pasal rerakan, can't wait for Babe's birthday getaway. It has been a long time since kita ada weekend getaway ramai-ramai kan? Tak sabar nak jumpa and spend masa dengan korang. I'll bring the WINE!!!! Toots cakap dia nak bawak beer just for the sake of it, walaupun tempat yang kita nak pergi tuh tade fridge. Tapi aku nak suggest letak dalam sungai jer. Kejap jer sure sejuk. Hehe.
Oh, one last thing before I go, Bangkok huru-hara. Jangan pergi sana. I'm sure semua orang dah tahu, tapi since aku baru tahu, so aku beritahu ler. Aku tahu sebab Mr.Snots pagi-pagi dah beritahu aku sebab dia tahu aku tak tahu. And since aku dah tahu, aku rasa obligated untuk beritahu. Tahu? Tahu kat pasar.
Later fuckers.
Labels:
Photos,
random thoughts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
Ish ... dapat basikal Le Run?
Wak masuk university baru la dapat basikal.
Kalau basikal racing takpe gak, ni basikal Raleigh yang orang bawak jual ikan kat kampung tu.
Nasib baik macho - ada gak orang nak main mata ...
ini blog kiah tu ke?
terima kasih kerana ingatkan pasal bangkok. kalo takkkk...
sir cip : lah tua nya uuuuu.. hahaha
snm: takyahlah masuk kompeni aku. nanti kau kebosanan. cam aku ni hah. hari-hari online. hahahhaa
devil : ah dah dekat lah tuh agakan nyer. salah eja jer. :P
saje je buat salah eja. supaya dia tak perahsantan.
guaguaugaug. mmg takde keje betul lah. sib baik dia suke leen. kekekek
snots,
hubungan kelamin you ni zahir ke batin? tee heee....
Actually tak lah tua gitew tapi arwah bapak I very old-fashioned - dia suka basikal jenis tu ... nowadays I torture camtu anak-anak I pulak ... lol
heh heh
snots, make sure kau kasi tau budak budak lain, AKU NAK HADIAH!!!
dengar tak? nampak tak?
AKU NAK HADIAH .. kalo tak aku kensel birthday getaway!
devil: pandai.
Sircip: owh b4 orang pakai lerun, org pakai avante. Stil tanak ngaku dah tua ke uols? Haha.
Valisa: zahir uols. Sungguh suci sungguh murni. *muntah ijo*
Beb: koser ko, dah besor2 nak hadiah. Takpe nanti aku bgtau semorang.
HOI, BABE NAK HADIAH!!
kau bagi tau, lepas tu kau kena make sure depa semua bagi aku hadiah. sebaab aku nak hadiah.
Babe,
nantilah I send you hadiah kasut saiz 3 kan selalu sale hahahahahaha!
beb: ko bg tau lah sendiri. Cepat anta email!
Valisa: uish saiz 3 uk ke us uols? Kene betul2.
hahahahaha snots right,
Babe kasut u european size berapa? 36 ke? 35?
35 please, thank you!
BABE,
LOL You and Nabila have the same size. See why I threatened to ikat her feet?
ok mail me your addy ;-) Nanti I will post the shoes.
Asshole...
anon: what's ur problem dude? someone is poking at ur ass hole ker?
snots... sorry tumpang tanya yer.. wat happened to kookycookie ek? why did she shut down her blog?
-curiouslah
dan saya masih lagi menunggu hadiah saya.
manakah hadiah ku ituuuu!!!
babe,
u tak kasi I address pun!
Post a Comment