Bosannya tak tahu nak letak apa. Tulah orang nak blog, kau pun sibuk nak blog. Pastu cam orang bangang tak tahu nak update apa.
I've been blogging for a while now, but since the words don't come that easily, and events escaped me all the time, i hardly had any words to describe the whole shebangs of my dull life. Keluar masuk balik-balik itu jer lah, bak kata orang johor. Pi mai pi mai tang tu bak kata orang pulau pinang. Gohead gostan bak kata mak aku.
Speaking of Mak, hari tuh dia jatuh lagi. Kali nih dah 145 kali dia tergelincir sebab lantai licin. Nak aje aku tukarkan lantai jadik kayu, tapi takut kene selumbar pulak katanya. Haha. Bukan kayu tu lah mak, kayu lain.
Mak aku semalam suruh aku balik. Lama dah tak balik kampung. Kopi cap 434 pun dah nak abis. stok dah makin sikit, nafsu minum plak tiap-tiap hari bertambah. Memang nak kene baliklah pun gamaknya.
Boss pulak baru datang suruh aku keje esok. Ingatkan nak balik kampung, nampaknya nak kene tangguh lagilah. Kalau balik rumah mak bukan boleh sehari semalam. Nak kene berhari-hari jugaklah. Rumah nak kene kemas, lantai nak kene mop, rumput nak kene tebas. Siapa lagi nak buat kalau bukan aku.
Tadi call Ayah, tengah ader meeting membincangkan hal-hal negara kat kedai kopi si ah seng. Call makcik aku, belum balik keje lagi. Sejak mak sakit makcik aku jadik bibik sementara. Tolong mak ngemas rumah, basuh baju. rutin die hari-hari yang sejak dari minggu lepas. Sebab tuh aku sayang makcik aku. Tak pernah kisah kalau nak tolong sesiapa. Dia ada sms tanya nak balik bila tengok mak. Aku kata nanti, kononnya esoklah. Abis dah kene keje, tak tahu macam mana nak explain. Kalau aku balik sehari aku tak puas hati. Banyak mende yang tak boleh nak buat. Nanti bila aku balik sini balik, bontot aku panas tak senang duduk, berfikir tak sudah; tak sempat potong rumput, tak sempat kemas bilik Ayah, tak sempat nak bersihkan kipas.
Semalam aku mimpi aku beli nombor 3482 and menang sejuta ringgit. Terus aku call Mak, mintak tolong ayah belikan nombor kat magnum dan toto 4d. maklumlah aku mana pernah nak mimpi-mimpi benda-benda macam ni. Sekali sekala dapat kenelah cuba nasib.
Aku ingat lagi 4-5 tahun lepas. Masa hari jadik makcik aku yang ke 35. Ada satu sistem perjudian kat Muar ni orang panggil nombor ekor. setahu aku kat tempat lain tade. Cuma kat Muar jer, sebab orang muar ramai yang kaki judi. Termasuklah semua ahli keluarga aku. Main suka-suka jer. Bukan betul-betul. Kalau kene alhamdulillah, dapatlah cousins aku yang kecik2 tuh makan aiskrim sorang sebatang.
Sistem judi dia senang jer. Pilih nombor yang dijual. No 1 sampai 36. Kalau beli seringgit, kalau kene boleh dapat 30 ringgit. So kalau beli 2 ringgit, bila kene pulangan dia adalah 60 ringgit. Faham? Sebenarnya kalau tak tolak kamsin agent cina yang tukang amik nombor, 32 ringgit. tapi kira dua ringgit tuh dia punya upahlah. So tinggallah 30 ringgit jer.
Ok cerita pasal nombor ekor ni, result akan keluar dalam pukul 7 malam. Hari-hari ada jual. Bukan macam magnum and toto, ader certain hari jer akan bukak kedai. Belilah nombor apa-apa pun. ikut nasiblah kiranya kalau kene.
Setiap nombor ada makna tersendiri. Bak kata cina tongkang sebelah rumah atuk aku (agent die lah), "kalau lu beli satu nombor, lu kene beli kawan die maaa". Mula-mula dengar rasa nak cam nak lempang jer cina ni dok mengajar aku perabih duit tak semena-mena. Tapi betul jugak. Tips pencachai nombor kene ikut. Kalau tak menyesal.
Contoh die, kalau beli nombor 1 (representing ikan) kenelah beli nombor 5 sebab nombor 5 maknanya air, ikan kan hidup dalam air (logiknya lah). So kata dia lagi "Kalau lu mimpi tangkap ikan itu malam, lu beli nombor 1 dan nombor 5 lah. Balu besar itu kebarangkalian mahu menang"
(dalam hati, siak nya cina tongkan, sebut baru jadik balu, tapi guna perkataan kebarangkalian..hehehe tapi since tokey ni baik dengan arwah nenek aku dulu, so aku diam jer lah)
So anyway, aku ingat lagi 4-5 tahun lepas, masa hari jadik makcik aku yang ke 35. Masa tuh dia marah-marah aku sebab terlupa hari jadi dia. Masa tuh aku kat kampung. Lewat wish. Orang lain dah sms, telefon ucap selamat dari pukul 12 malam, aku baru sedar hari jadi dia lebih kurang dalam pukul 1o pagi. Itupun mak yang ingatkan. Aku call lah dia, cam biasa makcik aku meroyan...
"Ah pepeklah ko, dah terlambat"
"Oit giler ker baru kul 10 pagi lambat apa. Baru abis romen ler penat tahu tak?" aku balas
(ni memang cara kita orang cakap. korang tak payah terperanjat)
Aku tanya die," ni hari jadi yang ke berapa? Jadik sekali tak cukup ker? tiap-tiap tahun nak menjadik-jadik jer?"
"Ah babi, pepek ah ko" die jawab dan sambung lagi, "Kau tahu semalam aku mimpi pontianak datang nak mintak nombor kat aku hahahhaha"
(by this time aku dah gelak besar dah)
"uish, jap jap" aku jerit kat Ayah. "Ayah, kalau pontianak nombor ekor berapa?"
"35", dia jawab dari dapur. Dalam kepala aku dah compute baik punya.
"Auntie nyer birthday ke berapa ni? 35 ker 36?
"35", makcik aku jawab. "Pehal? kau nak bagi aku hadiah ker?"
"Taklah orang nak chai nombor ekor nih ..hahhaha"
(orang = saya = aku)
"Bangang punya anak sedara, seposen tak guna", dia meroyan.
"Isk betul ler, auntie nyer umur 35, pastu hari ni hari jadi pulak, semalam mimpi pontianak, ayah cakap nombor ekor 35 tuh pontianak. auntie perempuan and pontianak selalunya perempuan, and asyik lagi tadi marah orang pepek jer, so pontianak, perempuan, pepek semua tuh 35. Kene beli nih..." Aku explained. "Tokey giler tuh tutup kul baper?"
"Sempat lagi nak beli nih" Makcik aku dah start excited.
"Ah belikan lah dulu, kalau nak tunggu orang datang mana sempat"
(aku masa tuh kat rumah mak aku, cina tongkang jual nombor ekor dekat area rumah atuk aku and makcik aku ada kat sana masa tuh)
For the first time that day, aku main nombor ekor. Selama nih tukang tengok and gelak jer bila pakcik makcik aku dok chai nombor petang-petang masa lepak kat depan rumah atuk. Aku beli no 35, 3 ringgit, and tup tup kul 7, tokey cina tongkang declared result nombor ekor untuk hari tuh adalah 35. Aku menang 90 ringgit. Hahahaha cun.
Aku amik duit, beli aiskrim untuk semua orang, beli rokok untuk aku and pakcik-pakcik aku, beli selipar baru untuk nenek aku (sekarang dah arwah) and balance aku buat main tikam. Layan adik-adik sepupu aku enjoy tikam dapat hadiah. Sampai duit habis.
So sekarang aku tengah tunggu no 3482 aku naik tak first prize kat toto or magnum. Esok baru boleh beli sebab toto and magnum bukak esok. Hari ni tutup. Kalau tak dapat grand prize, dapat consolation pun jadiklah.
5 comments:
pergh! kakik judik rupanya.
\m/ normal.
3003 sama 7331 bai.
oh lagi satu, tipu sangat ok kau nya profile. mana ada lazybum.
kalu naik first prize...jgn lupa belanja aku..hehehhehehe....
Post a Comment