Aku sakit pinggang dan err punggung for the past 3 days. muscle strained sebab main futsal, badminton, pingpong dan berbalik ke futsal 2 minggu berturut-turut. Start dari hari Jumaat lepas, aku pening kepala sebab sakit pinggang. Pening sebab, minggu nih aku nak kene buat network utk ofis baru. Perlukan kekuatan fizikal. Aku perlu angkat barang, tarik kabel, panjat tangga dan ye, tiada lelaki yang akan offer kekuatan mereka sebab ini memang tanggungjawab aku. Kalau setakat aku panjat meja, panjat kerusi, itu adalah sesuatu yang biasa ditatap oleh lelaki-lelaki dekat ofis aku ini, tanpa sebarang komplen. Pbfth!
Keduanya, aku perlu pergi ke Giant untuk memenuhkan isi perut Adik(Nasri) aku sebab supply makanan dah susut dirumah, and mencari bahan untuk aktiviti berkelah pada hari Ahad. Aku tak larat. Nak jalan pun kene berpaut pada kerusi, almari, apa-apa yang boleh aku capai, untuk membantu aku bergerak dari seinci demi seinci.
Pada waktu macam nilah, aku bersyukur sebab aku bawak kereta automatik. Kalau tak, alamatnya, lumpuhlah aku.
So, nak tak nak, kene pergi jugak beli barang sebab aku dah janji dengan geng aku. Aku takkan tarik diri dari jalankan tanggungjawab. Aku arahkan adik menjadi runner. Aku cuma berpaut pada troli Giant yang besar. Dengan list dalam tangan, aku tolak troli dengan perlahan dan Adik pergi dari satu aisle ke satu aisle, mencari barang yang diperlukan.
"Adik pergi carik arang and fire starter untuk BBQ" aku arahkan adik.
"Ok. Jap" dia memang sentiasa jinak mematuhi.
Lama aku tunggu kat bahagian hardware. Dia tak muncul-muncul. Aku bongokkan badan, merapati troli sebab pinggang aku merengsa kesakitan.
"Kak ina, dari belakang bila bongkok macam tuh, dah macam Mak Long" adik menyerpa.
Mak Long tuh Mak aku.
"Sebijik. Tinggal lagi tak gemuk jer. Kalau gemuk, mesti orang ingat Mak Long" dia masih menyambung.
Aku cuma diam. Tak larat nak maki hamun balik. Aku sibuk menahan sakit. Rasa macam nak cabut keluar pinggang dan ganti dengan yang baru.
Bila Adik cakap macam tuh, aku tak berhenti fikir pasal Mak.
Kalau berjalan, Mak memang kene berpaut. Jalan dua tiga langkah berhenti, sambung dua tiga langkah berhenti lagi. Aku selalu ingatkan Mak, jangan selalu sibuk nak mengemas rumah, nak memasak sebab Mak bukannya larat. Tapi biasalah, memang pantang orang tua-tua, Ayah hanya berselera makan kalau dirumah. Jarang sekali makanan dibeli. Tapi kalau ada kecemasan, seperti Mak sakit, Ayah pula akan amik alih tugas masak memasak. Tapi setakat itu jer lah. Aktivit berkemas, membasuh akan diserahkan pada Auntie Lah.
Aku baru sakit 3 hari dah rasa macam nak mati. Mak aku dah bertahun-tahun gagahkan diri bangun untuk melayan karenah keluarga, walaupun rasa sakit tak pernah susut.
Bila fikirkan Mak, aku rasa sedih. So semalam aku call Mak.
"Mak tengah buat apa?" aku tanya. Soalan pemula yang standard.
"Mak tengah basuh pinggan, baru lepas makan nih." Mak menjawab. Tapi suara masih lemah.
Aku tahu walaupun sakitnya dah reda selepas jatuh harituh, sedikit sebanyak sakit tu masih lagi dirasai.
"Mak masak ker?" aku tanya dengan nada risau.
"A ah. Kesian Ayah dah berapa minggu asyik beli makanan, asyik masak. Mak pun dah tak larat nak makan kedai lagi".
"Ok. Mak kalau tak larat janganlah masak. Tunggu dah sembuh betul-betul". Aku cuba nak menasihatinya.
"Jangan risau. Mak ok" .....kemudian Mak sambung..."Harituh Kak Yin ada balik. Balik-balik menangis sebab bertekak dengan Along."
Kak Yin adalah akak ipar aku yang sulong.
"Kenapa?" aku tanya.
"Ntahlah, susah. Mak tak nak masuk campur rumahtangga anak-anak ni. Tapi kesian pulak." Mak sambung perbualan dengan rancak. Bercerita pasal sebab musabab Kak Yin balik mengadu.
Aku diam. Aku tak suka sesiapa mengadu masalah dengan Mak aku. Sebab Mak aku tak sihat. Dia tak perlu nak runsing pasal hal anak-anak. Aku pun jarang mengadu pasal masalah aku pada Mak.
"Mak ni Adik, selagi Mak boleh dengar, mak dengar. Mak kuat lagi nak tahan semua masalah ni. Mak kuat lagi untuk runsing dan risau pasal hal anak-anak."
Aku sayu.
"Macam-macam Mak dah lalui. Mak kuat lagi. Mak boleh simpan semua masalah Mak, dan masalah anak-anak".
Airmata aku mula menitis dan aku diam.
Aku sedar. Tabiat pendam masalah dalam diri sendiri, dan semua kekuatan yang aku ada, semuanya dari Mak. She has been through alot. Cuma dia pandai sembunyi masalah dan kerisauan dengan senyuman. She's my hero.
Kalau aku boleh mintak pertukaran, aku dah lama duduk Muar. Tapi Mak tak bagi. Mak nak aku rasa hidup ketika masih muda. Balik Muar tiada apa-apa katanya. Kat KL banyak benda boleh dibuat dah dicuba. Dia masih boleh menjaga diri sendiri, dan Ayah.
Aku tak tahu kenapa kalau aku terkenangkan Mak aku sayu. Sama macam kalau aku terkenangkan Arwah Abah.
On the way ke Air Terjun Tekala, aku drive agak laju. Menyusuri jalan bengkang-bengkok dengan laju. Adik mula bercerita pasal Amie dengan Leen.
"Amie kalau bawak kereta laju tau kak leen. Amie memang terror. Tapi kalau Abah yang bawak, mesti Amie bising. Sekejap-sekejap dia tengok meter, sekejap-sekejap dia jerit." riuh Adik bercerita perihal Abah.
"Adik kalau perasan Amie dah tidor, Adik suruh Abah pecut kereta laju-laju." dia sambung.
Gelak aku mendengarnya. Tapi jauh dalam hati, sayu sebab banyak pengalaman dengan Abah yang aku rindu. Aku rasa Adik pun rindu pengalaman macam tuh.
Good times.
2 comments:
Ekcerli, aku pun sedih bila dia cerita hari tu. Tapi takkan tetiba aku nak nangis ngongoi lak. Kesian Adik.
Dah, Rabu ni balik Muor. Bawak Adik.
rehat kene cukop~
wah sungai tekala. kat selangor tu? tempat Allayarham atuk suka bawak kitorang mase kecik2 dulu. lepas cincin mahal beli kat Mekah hilang. terus tak pegi la. kira punya kira da 10 tahun tak pegi sane...
ah, tetibe sedey plak. (away melayan perasaan)
Post a Comment