Kalau sesiapa yang pernah jumpa Ayah, memang tak akan boleh mengagak yang Ayah aku pernah melecur separuh badan akibat dari terkena kejutan elektrik. Aku adalah generasi ketiga dalam keluarga yang bekerja dengan Syarikat Elektrik Che Khalib. Nasib aku baik kerana ayah memberikan peluang pendidikan yang cukup, jadik kelayakan aku membolehkan aku bekerja dengan pangkat yang sedikit lebih tinggi darinya; hanya duduk mengangkang depan komputer tapi bergelar jurutera. o_O
Berbalik kepada kisah Ayah.
Ayah mula berkerja seawal umur 18 tahun. Cita-cita asal mahu menjadi tentera laut. Tapi ditentang hebat oleh Arwah Atuk kerana tentera laut bekerja berdasarkan kontrak. Jadi, masa depan tidak terlalu terjamin. Arwah atuk yang ketika itu bekerja dengan Syarikat Elektrik Che Khalib, terdahulu dikenali sebagai CEB, membawa masuk Ayah bekerja sebagai buruh. Ketika itu CEB mengalakkan pekerjanya membawa masuk ahli keluarga untuk bekerja. Jadi, hampir keseluruhan adik-beradik Ayah aku bekerja dengan CEB.
Jawatan pertama yang dipegang oleh Ayah adalah merupakan jawatan Buruh Kasar. Mengangkat tiang-tiang elektrik setinggi 15-20 kaki and membanting tulang menanamnya sekitar daerah Muar. Gaji permulaan hanyalah sebanyak RM90. Ketika Along lahir, gaji ayah hanyalah RM110. Dan pada ketika itu, dia bukan hanya menampung Along dan Mak, tetapi juga Amie, dan adik bongsunya. Ayah juga membawa arwah atuk dan nenek tinggal bersama di kuarters CEB yang menjadi tempat kami membesar.
Selama beberapa tahun bekerja sebagai buruh, Ayah dipindahkan pula ke unit substesyen untuk kerja-kerja senggaraan.
Kejadian berlaku ketika Ayah membuat kerja-kerja senggaraan di low voltage distribution board. Cutout dicabut tanpa mematikan bekalan dan menyebabkan percikan dan letupan berlaku.
Bahagian badan termasuk tangan dan kaki, abis disambar api. Ayah bernasib baik sebab auto-refleks bertindak pantas dia sempat memaling muka ke arah yang selamat. Ayah dibawa ke hospital untuk dirawat dan syukur, kerana tiada sebarang kecederaan dalaman.
Ayah tidak bekerja hampir 6 bulan. Aku masih ingat Mak bercerita, katanya, "6 bulan Mak mandikan Ayah, cebukkan dia, suapkan makan. Sikit pun aku tak merungut. Ni nak suruh pergi kedai sekejap pun malas. Ayah kau ni memang!"
Okay mungkin ketika itu Mak aku bukan bercerita, tapi merungut. :)
Tapi apa yang Ayah buat segala luka dan kesan akibat dari kejutan elektrik dan kebakaran di badan Ayah hilang?
Disebabkan pekerjaan Ayah memerlukannya berada di merata kawasan sehingga ke pendalaman, Ayah pernah berjumpa dengan orang Asli yang mengajarnya untuk mengunakan buih yang keluar dari kayu yang terbakar untuk mengubat parut-parut dan pelbagai penyakit kulit. Dari petua itulah, hari-hari Mak dan Ayah akan bakar "kayu bakar" untuk ambil buih yang terbentuk, dan Ayah akan sapukannya pada parut dan bekas-bekas terbakar pada kulitnya tanpa jemu.
Sehingga kesemua parut tersebut hilang.
Aku hanya tahu cerita ini ketika umur aku lebih kurang 15 tahun. Masa tu, aku memang terperanjat sebab tak sangka Ayah aku pernah berdepan dengan maut.
Tiga pengajaran yang aku peroleh dari cerita ini:
i) Mak memang orang yang penyabar. Aku tak dapat bayangkan macam mana tindakan aku kalau aku dalam situasi yang sama.
ii) Ayah aku dari dulu memang pemalas sebab banyak kali aku dengar Mak aku merungut benda yang sama sampai sudah.
iii) Mana aku nak cari kayu bakar untuk aku hilangkan bekas-bekas jerawat ni?
5 comments:
eeek seram baca I tak baca full baca point point saja because kena goosebumps! I terbakar my thumb and part of my left hand pun macam nak pengsam sakit OK? How did your dad survive I wonder because my thumb and hand (2nd degree burn) when I moved from runnign cold water and ice rasa macam kena masak the flesh! Imagine the whole body!!!
eee ngerilah!!! Maybe your mom is warnign you abotu things that you might go through once you become a wife hahaha if me T kentut dalam selimut pun I bising 36 jam!
hahahaha. after all these years???? kalau cam ni kentut kene cover ler.
well, i think my dad is a tough man, albeit he would cry watching cerita hindustan.
I asked him during the weekend through the phone, how did he managed the whole thing? He said he can't give up because he has so much people counting on him.
That's a true man, there.Am so proud of him.
Ayah hang bukan pemalas....tapi dia segan nak buat...sebab dia tau akan ada orang lain yang buat...jadi dia relax jer laa...hehehehhe....
pasal kayu bakar...tu...aku ada jual....2...singgit...heheheh...hang nak ka?....
-ZG-
hahhaha oi budak. lama taka dengar cerita kau. mana hilang?
kayu bakar tuh buat masak lemang ker? :P
Aku ada...hang cam tak faham aku...heheheh...aku diam bukan..hilang...aku ada...heheheh...
kayu bakar yang aku jual nie...tu boleh buat macam-macam...heheheh....
-ZG-
Post a Comment